REFLEKSI KENDIRI KURSUS

PENGHARGAAN


Selamat sejahtera.

Bersyukur kepada Tuhan dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah KPR3012 iaitu YBhg. Dr. Zulkeflee bin Haji Yaacob kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau dalam kursus ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan moral dan semangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dengan memberikan komen dan penambahbaikan yang baik.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Sekian, terima kasih.



AGIHAN PEMBERATAN KERJA KURSUS



REFLEKSI KENDIRI KURSUS

Kursus ini dapat membimbing saya membuat refleksi latihan mengajar berdasarkan penilaian secara kritis, mengetahui format kajian tindakan, membuat keputusan, menganjurkan dan membentangkan seminar yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah.

Antara hasil pembelajaran kursus yang telah saya perolehi:

1. Dapat menilai pengalaman latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah, Perak.

2. Dapat mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan berdasarkan refleksi latihan mengajar.

3. Dapat menghasilkan laporan berasaskan daripada perkongsian idea dan pengalaman latihan mengajar iaitu tugasan refleksi kendiri dan tugasan kajian tindakan.

4. Dapat mempamerkan ciri-ciri guru sebagai pengamal refleksi.

No comments:

Post a Comment